Jawatan Kosong SL1M Di TNB

Jawatan Kosong SL1M di Tenaga Nasional Berhad (TNB). TNB mengalu-alukan calon untuk menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).



Jawatan Kosong SL1M

Tawaran untuk menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di Tenaga Nasional Berhad (TNB) dibuka untuk sesi tahun 2017 bagi warganegara Malaysia yang berkelayakan dan bermotivasi. Pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum apply jawatan kosong terkini ini.

Jawatan Kosong Yang Ditawarkan:

1. Skim Latihan 1Malaysia TNB – Industri Bekalan Elektrik (SL1M-IBE)
Gaji : RM1500

Tarikh tutup : 10 MEI 2017

Cara Untuk Memohon : 

Pastikan anda membaca setiap syarat-syarat yang ditetapkan dengan teliti sebelum menghantar permohonan. Permohonan yang tidak lengkap serta tidak betul tidak akan dilayan. Hanya yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil.

2. Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti diatas menghantar resume beserta dokumen asal & salinan Kad Pengenalan, sijil-sijil akademik (SPM & PMR), dokumen yang berkaitan dan 1 keping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan)


Download Borang : Disini


Syarat Memohon Jawatan Ini:

1. Warganegara Malaysia

2. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal (kuasa), Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan / Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik , Undang-Undang dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia.

3. PNGK 2.50 dan ke atas bagi semua bidang pengajian.

4. SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.

5. Had umur tidak melebihi 28 tahun.

6. Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduasi.

7. Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed).

8. Sanggup mengikuti latihan di mana-mana unit bisnes TNB.

9. Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah.

Semoga berjaya dalam permohonan anda. Share di Facebook, Whatsapp dan Telegram Anda jika ada kenalan atau rakan-rakan anda yang turut sama berminat untuk memohon Jawatan Kosong Kerajaan ini.

0 comment... add one now