Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri 2017

Terima kasih kerana memilih Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai pilihan kerjaya anda. Seperti yang anda tahu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri akan menjawab permohonan setelah penelitian dilakukan dalam tempoh-tempoh tertentu. Mohon semak tarikh tutup tawaran dan syarat-syarat memohon sebelum mengisi borang permohonan.


LHDN Malaysia menjalankan & mengamalkan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan sentiasa bersedia menyokong Kerajaan dalam usaha menjayakan program untuk kesejahteraan rakyat. Program berteraskan CSR adalah bertujuan untuk meningkatkan imej, kredibiliti dan reputasi LHDN, ia turut memberi manfaat kepada kesejahteraan serta keperluan masyarakat dan organisasi. 

Perlaksanaan program CSR juga turut diperluaskan ke peringkat negeri serta cawangan LHDN seluruh negara demi memberikan manfaat kepada masyarakat tempatan. Jabatan Khidmat Korporat merupakan sebuah jabatan yang telah diamanahkan bagi melaksanakan semua aktiviti-aktiviti CSR LHDN Malaysia berdasarkan dimensi yang ditetapkan.

Antara Jawatan Terkini Yang Ditawarkan dalam LHDN Ialah :

1. Eksekutif Hasil (Pentadbiran) - 1 Kekosongan
2. Penolong Eksekutif Hasil (Pentadbiran) - 2 Kekosongan
3. Pembantu Hasil (percukaian & Operasi) - 2 Kekosongan
4. Pengawai Keselamatan - 13 Kekosongan

Tarikh Tutup Permohonan : 20 April 2017

Untuk Memohon, >> Klik Link Ini <<

-----

*Nota Penting


1. Hendaklah berdaftar sebagai pemohon dalam portal sekiranya anda hendak memohon jawatan kekosongan yang dipaparkan.

2. Sekiranya anda adalah pemohon yang sudah berdaftar, hanya perlu Log Masuk ke dalam sistem.

3. Pendaftaran pemohon yang sudah berdaftar hanya boleh dilakukan sekali sahaja. Manakala permohonan hendaklah dilakukan mengikut slot kekosongan yang ditawarkan menggunakan akaun pemohon yang berdaftar.


Semoga berjaya dalam permohonan anda! Share di Facebook, Whatsapp dan Telegram Anda jika anda ada kenalan atau rakan-rakan yang turut sama berminat untuk jawatan kosong ini.

0 comment... add one now